Tuesday, 10 March 2015

PROGRAM LAWATAN KE RISDA SEMAIAN DI MACHANG,KELANTAN PADA 9/3/2015


BIODATA KUMPULAN KAMI BUDAK AGROTEK NEGARA


Nama kumpulan: Kami Budak Agrotek negara
Nama Ahli :
1) Mohamad Kamaasraf Bin Besar @ Kamal   22DAG14F1021
Asal : Kemaman,Terengganu Darul Iman
Kos : Agroteknologi
Tempat Pengajian : Politeknik Jeli,Kelantan
Ulasan: Pertanian satu ibadah,kita perlu amalkan.Sentiasa berdoa agar pokok kita hidup subur dan segar.

2) Muhammad Hakam Bin Abdul Somat   22DAG14F1006
Asal : Kuala Nerang,Kedah Darul Aman
Kos : Agroteknologi
Tempat pengajian : Politeknik Jeli,Kelantan
Ulasan : pertanian satu perniagaan,boleh menambah duit tambahan sebagai pelajar.

3) Nooraziela Binti Salleh  22DAG14F1078
Asal : Rantau Panjang,Kelantan Darul Naim
Kos : Agroteknologi
Tempat pengajian : Politeknik Jeli,Kelantan
Ulasan:Cintailah Agroteknologi,kerana ianya memberi manfaat pada kita kelak.

4) Nurul Ain Binti Izaha  22DAG14F1069
Asal : Temerloh,Pahang Darul Makmur
Kos : Agroteknologi
Tempat Pengajian : Politeknik Jeli,Kelantan
Ulasan:Agroteknologi memainkan peranan penting dalam negara,kami sebagai budak Agrotek akan melaksanakan dengan baik.







Monday, 2 March 2015

PERTANIAN MENURUT ISLAM 


“Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu bersyukur?” (Yasin : 34-35) 

Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu ketara sejak zaman terawal lagi. Sejak sekian lama sektor pertanian sentiasa diberikan penekanan oleh ahli agronomi dalam kajian dan tulisan mereka.

Dalam Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi apabila hasil industri ini turut menyumbang kepada hasil makanan negara selain merupakan sumber pendapatan petani.

Banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai menunjukkan betapa pentingnya bidang pertanian pada pandangan Islam. Antaranya Allah berfirman dalam surah Al An'aam ayat 99 yang bermaksud :

“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buan) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” 
Dari aspek akidah kegiatan pertanian dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Apabila seseorang itu melakukan usaha pertanian, ia akan membuatkan seseorang itu lebih memahami hakikat sebenar konsep tawakal dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Yang memberikan hasil tetap datangnya dari Allah Swt.

Hukum Kegiatan Pertanian 
Dalam Islam, jika pertanian merupakan satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya, maka hukum bertani itu adalah fardu ‘ain baginya. Sementara itu, adalah menjadi fardu kifayah pula kepada sesiapa yang mampu melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua.

Menurut Dr. Zainal Azam Abd. Rahman seorang cendikiawan Islam dalam tulisan beliau dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2005, kegiatan pertanian menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha' Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan dan perancangan projek-projek “Mega-Mega” kerana manfaat pertanian lebih meluas dan menjangkau kehidupan rayat justeru kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 27 – 32 yang bermaksud :

“Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma (29) Dan taman-taman yang menghijau subur (30) Dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu (32).”Tentulah menjadi masalah yang besar sekiranya sesebuah negara itu banyak bergantung kepada sumber luar untuk mendapatkan bahan makanan. Ini kerana dibimbangi sekiranya berlaku peperangan, berlaku bencana alam di negara pengeluar atau sebarang sabotaj menyebabkan bekalan makanan sukar didapati. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini disesetengah negara dimana sekatan-sekatan ekonomi, peparangan dan kemusnahan disebabkan oleh bencana alam menyebabkan kekurangan makan dan kebuluran.

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud:
"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Demikianlah pentingnya kegiatan pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan kerana ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan.


Allah SWT Menjanjikan Insentif Istimewa Kepada Pengusaha Sektor Pertanian

Sesuai dengan kedudukannya sebagai sektor yang sangat digalakkan, kita dapati ada Allah Swt telah menjanjikan insentif yang lumayan bagi petani dan pengusaha sektor ini, sama ada ia dilihat dari sudut kebendaan atau kerohanian. Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

Rasulullah bersabda bermaksud:

"Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya:

"Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sabda Nabi lagi:

"Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat at-Tabrani)

Rasullallah sendiri adalah contoh unggul. Baginda SAW sejak kecil sudah terlibat dengan aktiviti ternakan. Baginda sendiri adalah seorang penggembala kambing. Baginda pernah menyebutkan saat-saat yang dialaminya pada waktu menggembala itu:

"Nabi-nabi yang diutus Allah itu gembala kambing." 
Dan sabda Baginda lagi:

"Musa diutus, dia gembala kambing, Daud diutus, dia gembala kambing, aku diutus, juga gembala kambing keluargaku di Ajyad." 
Kewajipan Mengusahakan Tanah Yang dimiliki

NDP memberikan peringatan kepada anggota-anggotanya agar mengambil perhatian serius keperluan mengusahakan tanah yang dimiliki dan jika diberikan tanah tumpang sementara yang tidak dapat diusahakan agar menyerahkannya kepada mereka yang berupaya mengusahakannya pula.

Pada masa baginda Rasulullah SAW baru tiba di Madinah, Baginda telah menggalakkan agar usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan. Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya:

"Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas dilihat daripada peruntukan dalam syariah berdasarkan hadis Nabi iaitu sesiapa saja yang mengusahakan tanah kerajaan dengan jayanya sewajarnya mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan. Hal ini berdasarkan pendapat kebanyakan ulama.

Berdasarkan pendapat mazhab Malik, hak milik yang diperoleh itu adalah hak milik sementara saja, jika selepas mendapat hak milik tanah itu, dibiarkan semula terbiar, orang lain yang mengusahakannya akan memperoleh hak milik dengan menjayakannya.

Hukum di atas adalah berdasarkan kepada hadis Nabi bermaksud:

"Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari)

NDP Tidak Mengacau Kerja Orang Lain

Atas kesedaran dan keinsafan inilah NDP menghadirkan dirinya ketengah-tengah masyarakat dengan pandangan-pandangan mengenai berbagai masaalah yang dihadapai oleh orang ramai dari kaca mata sebuah pertubuhan siasah ksususnya kebimbangan mengenai keselamatan permakanan atau “food security”, sesuai dengan komitmen dan iqrar nya untuk membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kerajaan Baginda seperti yang digarapkan dialam Perlembagaan NDP.

Dalam konteks keselamatan permakanan ini, NDP sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak-pihak berkenaan untuk membisaikan lagi keadaan agar tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah yang terbeban keatas pudak bahu Ulil Amri dan pemerinahan Baginda ini dapat kitani tanai dan ungkayahkan bersama sebagai tanda kecintaan kitani kepada Baginda, Kerajaaan dan rakyat Brunei seluruhnya kerana Allah SWT jua
.



Sunday, 1 March 2015

cara penanaman fertigasi

Fertigasi
            Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan.
Kelebihan Sistem Fertigasi
  • Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit


    Mengatasi masalah bawaan tanah   Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik

    Penggunaan baja yang cekap dan jimatMengurangkan penggunaan racun
    Modal pusingan yang rendah
    Meningkatkan hasil pengeluaran Masalah merumpai sangat rendah      
  • Kelemehan Sistem Fertigasi Modal yang tinggi untuk memulakan projek

          Memerlukan kemahiran
    Keroskan sistem membawa kerugian       
  
Antara tanaman yang sesuai untuk fertigasi                                     Tanaman CiliGambar projek cili peserta Usahawan Bimbingan GM Peladang diseluroh Malaysia berjumlah 320 orang.Pegawai GM Peladang membuat lawatan pemantauan setiap bulan membantu usahawan tani secara percuma.Harga  cili cukup baik sewaktu musim hujan.Harga antara RM8-RM15.00/kg.Seekar boleh ditanam 4000 beg.Sepokok dapat mengeluarkan hasil 4-6 kg.
     
Tanaman Rock MelonGambar projek rock melon GM Peladang di Terengganu berbagai jenis rock melon ditanam antara tahun 1998 hingga 2012.Ladang GM Peladang boleh dilawati oleh sesiapa yang berminat.Sila hubongi pegawai Latihan GM Peladang untuk maklumat lanjut.Seekar boleh ditanam sebanyak 6-7 ribu
beg.Harga purat antara RM4-RM7 sebiji dipasaran.

     
Tanaman TomatoTanaman fertigasi tomato memberi pulangan baik kerana harga stabil diperengkat pasaran.Ditanah rendah tanaman tomato kurang sesuai ditanam secara konvensainol.Tanaman secara fertigasi menghasilkan 4-6 kg sepokok dalam tempoh 5-6 bulan.Harga di perengkat pasaran runcit antara RM2.80-RM3.50/kg
    
 Tanaman Timun JepunTanaman Timun Jepun amat lumayan hasil nya.Setiap beg boleh ditanam dua pokok.Satu ekar purata beg 5-6 ribu beg.Jadi untuk satu ekar boleh ditanam sebanyak 10-12 ribu pokok.Setiap pokok menghasilkan antara 15-20 biji ini bermakna satu beg hasilnya antara 30-40 biji. Berat 1 kg antara 4-5 biji.
   
Tanaman TerongTerung  (solanum Melongena L) sejenis sayur berbuah.Tergulong dalam keluarga solanaceae sama saperti cili,tomato,kentang dan tembakau.Varieti yangpopular ditanam jenis 302,704 farmers long,Red Long, dan White Long.Hasil mula dipungut 65-70 selepas menyemai.Hasil boleh di pungut sehingga 8-9 bulan.
    
 Lain-Lain Tanaman
 
   
Straberry          Cili Jerman            Anggor
 
Lawatan Teknikal Penasehat GM Peladang
Projek Usahawan di Melimau Melaka

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat fertigasi

______________________________________________________________

Assalamualaikum,Kami Budak Agrotek Negara,kami buat blog ni bertujuan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh En.nawi iaitu,persyarah kursus E-Agriculture.Kami Budak Agrojurnal Negara adalah student politeknik jeli,kelantan,kami mengambil aliran ini bertujuan untuk memajukan pertanian di Tanah Air kita.sesetengah anak muda berpendapat bahawa pertanian ni kotor dan tiada kerja yang bagus,tapi mereka silap tafsir,pertanian nilah memberi kesedaran kepada kita,bahawa Allah menyuruh kita agar kita berusaha sehingga terhasillah makanan dari apa kita tanam.Agroteknologi adalah aliran yang sangat mudah,ianya mengajar kita tentang kehidupan.Pertanian tidak akan maju apabila tiada teknologi.Dalam blog ini kami mempunyai 4 orang ahli,iaitu,kama,hakam,zila,dan ain,kami bersekam mata untuk membuat Blog ini agar ianya cantik dan seronok di baca bersama untuk mendapat ilmu.Kami ingin berkongi ilmu berkaitan pertanian,Pertanian sebenarnya satu ibadah,kenapa kami cakap satu ibadah kerana,setiap kali kita menanam kita perlulah berinteraksi dengan pokok agar ianya tumbuh dengan subur,contohnya,berzikir,berselawat keatas Nabi Muhammad.SAW...Ayuhlah anak muda cemburuilah pertanian.Politeknik Jeli adalah tempat yang sesuai untuk kamu belajar Agroteknologi.Kami sayang pokok dan Alam sekitar.Bro sis marilah tengok blog kami yang tak seberapa nie,tengok pun jadilah.Jom sama-sama kita bertani.