Antara tanaman yang sesuai untuk fertigasi Tanaman CiliGambar projek cili peserta Usahawan Bimbingan GM Peladang diseluroh Malaysia berjumlah 320 orang.Pegawai GM Peladang membuat lawatan pemantauan setiap bulan membantu usahawan tani secara percuma.Harga cili cukup baik sewaktu musim hujan.Harga antara RM8-RM15.00/kg.Seekar boleh ditanam 4000 beg.Sepokok dapat mengeluarkan hasil 4-6 kg.
Tanaman Rock MelonGambar projek rock melon GM Peladang di Terengganu berbagai jenis rock melon ditanam antara tahun 1998 hingga 2012.Ladang GM Peladang boleh dilawati oleh sesiapa yang berminat.Sila hubongi pegawai Latihan GM Peladang untuk maklumat lanjut.Seekar boleh ditanam sebanyak 6-7 ribu beg.Harga purat antara RM4-RM7 sebiji dipasaran.
Tanaman TomatoTanaman fertigasi tomato memberi pulangan baik kerana harga stabil diperengkat pasaran.Ditanah rendah tanaman tomato kurang sesuai ditanam secara konvensainol.Tanaman secara fertigasi menghasilkan 4-6 kg sepokok dalam tempoh 5-6 bulan.Harga di perengkat pasaran runcit antara RM2.80-RM3.50/kg
Tanaman Timun JepunTanaman Timun Jepun amat lumayan hasil nya.Setiap beg boleh ditanam dua pokok.Satu ekar purata beg 5-6 ribu beg.Jadi untuk satu ekar boleh ditanam sebanyak 10-12 ribu pokok.Setiap pokok menghasilkan antara 15-20 biji ini bermakna satu beg hasilnya antara 30-40 biji. Berat 1 kg antara 4-5 biji.
Tanaman TerongTerung (solanum Melongena L) sejenis sayur berbuah.Tergulong dalam keluarga solanaceae sama saperti cili,tomato,kentang dan tembakau.Varieti yangpopular ditanam jenis 302,704 farmers long,Red Long, dan White Long.Hasil mula dipungut 65-70 selepas menyemai.Hasil boleh di pungut sehingga 8-9 bulan.
Lain-Lain Tanaman
Lawatan Teknikal Penasehat GM Peladang
Projek Usahawan di Melimau Melaka
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat fertigasi
______________________________________________________________
|
Assalam, saya ingin meminta izin untuk menggunakan salah satu gambar tanaman cili Encik sebagai rujukan di dalam slide perbentangan proposal projek tahun akhir saya. Saya perlu mengambil sample haiwan perosak di pokok cili GM peladang Terengganu, jadi saya memerlukan gambar kawasan GM peladang sebagai contoh kawasan di slide. Terima Kasih.
ReplyDelete